Shiniteruyo Aishiteru

Bonjour!
Hey ! Good day to you!


Welcome to my world . You've stuck in my unprivate diary. Please be nice here. Gomawo !

Status :Just Follow The Flow



Rezeki Selepas Konvo
Alhamdulillah
Terima kasih Ya Allah
Mungkin Allah bagi aku rezeki sambung belajar lepas habis komvo haritu :)

Sarjana Muda Sains (Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan) dengan Kepujian
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)
Alhamdulillah, aku cek upu tengahari tadi
Dapat rezeki belajar kat UTHM
Course yang aku dapat pun memang course yang aku pilih
Rezeki aku dapat peluang untuk sambung belajar lagi :)

Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bandaraya Melaka
Alhamdulillah, ni pun rezeki aku untuk sambung belajar juga
Tapi dalam bentuk Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ)

Alhamdulillah aku dapat dua tawaran belajar
Satu dalam bentuk full time study
Satu dalam bentuk part time study
Kebetulan course yang aku dapat ni dua2 takde kena mengena
Satu ke arah sains, satu ke arah business
Hahahaha

Now, dah dapat tawaran study
Aku jadi pening pulak nak pilih
Sebab dua2 ade pros and cons dia

Hm surat tawaran keluar esok
InsyaAllah aku fikir masak2 pasal study ni
Aku taknak lepaskan peluang study ni
Aku jealous tengok kengkawan yang lain yang sambung study tuu
Hopefully aku buat pilihan terbaik
Doa doakan lahhh .
Aminnnnnnnn

#RoadToDegree #03082017

Result UPU Keluar Esokkk
Pejam celik pejam celik
Esok dah nak keluar dah result UPU
Benda yang memang ditunggu tunggu
Harapan ibu untuk tengok aku sambung belajar lagi 
Walaupun niat dihati dah taknak sambung belajar fulltime
Tapi demi menjaga hati, aku minta juga sambung belajar guna UPU ni
Orang cakap sekarang susah nak dapat belajar 
Kalau dapat tu pergi laa belajar setinggi mana yg boleh

InsyaAllah, mudah mudahan ade rezeki aku disitu
Aku berharap aku tak rasa putus asa ke ape selepas keluar result upu esok
Aku berharap agar hati aku tabah dan redha terima ape yang aku akan dapat
Kalau takde rezeki nak buat fulltime study 
Mungkin rezeki aku bekerja sambil study
Mana tahu kan ?
Perancangan Allah adalah sebaik baik rancangan
Hanya Allah menentukan dan membuka peluang untuk setiap umat manusia :)

p/s: Wish me luck.. Semoga dipermudahkan dan ade rezeki untuk aku :)


#02082017

Kerja vs Belajar

Lepas je habis konvo, aku jadi buntu
Nak sambung belajar or nak kerja sambil belajar
Dua-dua ade benefit dia tersendiri
Kalau belajar, sekurang kurangnya orang tak pandang rendah dekat budak poli macam aku
Kalau kerja, aku kena carik kerja yg betul-betul sesuai dengan kelayakan yang aku ade
Orang selalu pertikaikan kenapa aku tak kerja ikut bidang sebelum ni
Dan akhirnya aku menganggur sekarang..

Aku berhenti kerja atas sebab aku tersendiri
Buat ape aku kerja dekat tempat yang sama lelama 
Tanpa sebarang bonus dan kenaikan gaji
Hanya mengharapkan potongan EPF/Socso jee
Sampai bila kan aku nak kerja macam tu
Dengan gaji taraf SPM sedangkan aku dah ade DIPLOMA

Tapi aku berfikir jugak
Kalau aku sambung Degree Fulltime
Aku taknak menyusahkan ibu abah untuk mencari duit menanggung pembelajaran aku
Cukup laa masa diploma haritu 
Ibu abah support aku tanpa pinjaman ptptipu semua tu

Aku berfikir jugak untuk ambil Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)
Tapi mampukah aku untuk membahagi masa antara kerja dan belajar
Aku takut sangat aku tak dapat focus dan habiskan belajar tu
Aku taknak membazir duit aku macam tu jee
Aku ade banyak lifegoals nak kena archieve

Mungkin aku perlu istikharah
Agar aku dapat petunjuk
Mudah mudahan InsyaAllah :)

#BlogDahBersarang #BaruNakUpdate #2Ogos2017

In The Future, InsyaAllah :)
Bila dah suka dan sayang kat someone tuu, kalau boleh semua benda nak buat bersama . Makan bersama, keluar jenjalan bersama, shopping bersama dan macam2 lagi .
So dalam hidup aku, aku dah dapat dahh merasa sikit2 yang selalu couple buat sejak ade abang ni :)



Well, semua benda dalam gambar ni semuanyaa aku dah rasa and tahu ape setiap feeling yang ade bila ade keadaan macam tuu . Dalam banyak2 perasaan, perasaan rindu tak dapat jumpa tu paling sakit . But nevermind, nasib baik masing2 pandai nak contact sesama sendiri walaupun tengah keluar dengan kawan, walaupun menghadapi hari busy yang terok, walaupun menghadapi hari yang sememangnyaa memenatkan ke ape .
Satu benda yang belum aku capai lagi sekarang, GROWING OLD WITH YOU :')
InsyaAllah kalau ade jodoh, aku akan dapat merasa situation ni pulakk . Sekarang just nak kena usahakan agar impian nak hidup bersama tuu tercapai . The one and only person in my heart, Zulfadhli Adha :*

ズルヌリン
Lamanyaa tak update kat sini . Sampaikan orang lain yang ingatkan aku suruh update kenangan tu kat sini . Tu pun sebab tak boleh nak update dekat facebook, wechat, twitter and instagram . (atas sebab privacy yang tak boleh dedahkan buat masa sekarang) 
Well, nak dicerita sikit . Setelah sekian lama berkenalan, keluar sesama, ade pulak perasaan yang sama yg datang secara tetiba tuu . Ni laa first time kiteorg selfie sesama . Tu pun lepas aku dah penat cakap taknak, penat dah nak sadokan hati dari dengar pujukan dari dia . Walaupun act permintaan nak selfie tu starting dari aku sendiri .
Setelah dipujuk sume akhirnya dapat jugak laa gambar selfiee tuu . Yang first time dekat taman area KLCC and yang kedua dekat Dataran Nilai . Boleh laa dari takde langsung selfiee tuu . Dekat Mines je tak ambik selfie sume sebab perasaan segan tak hilang lagi .

Anyway, thanks abang for coming in my life, make me happy, love me a lot and follow je kehendak nurin yang mengada ngada tu . Rasanyaa ni first time keluar without tengok wayang sume . Jalan2 saje je and sampai aku ade merungut bosan lagi sebab selalu sangat dah jenjalan dalam shopping mall je . Terasa macam tak keluar dari kepompong pun ade bila date je pusing mall =,=
Tapi pape pun aku tak regret arh bila dah balik dari KLCC and Mines tuu ajak abang pegi Dataran Nilai semata mata tanak balik rumah awal punya pasal >.< . Seriously walaupun bosan jenjalan dekat KLCC & Mines . Tapi dapat keseronokan bila jenjalan dekat Dataran Nilai ni . Nak2 dapat pulak main belon ni . Terserlah kebudak budakan kejap kat situ >_< . 

Last but not least, ILOVEYOUU abang . Hope we'll be together until the last breath *kalau takde pape halangan . InsyaAllah :)

#12092015
#KLCC #Mines #DataranNilai